Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Penyampaian Cek Pampasan di Gedong. Foto: Conni Grace (TVS)

Projek Pembangunan Mini Isthmus bakal mengubah landskap Gedong – Abang Johari

ByConnie Grace

GEDONG, 12 April: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg optimis projek pembangunan Masterplan for Mini Isthmus bakal mengubah landskap Gedong setelah ia siap kelak.

Menurut beliau, projek meliputi pejabat kerajaan, klinik kesihatan dan pusat komersial yang akan membawa limpahan pembangunan yang seimbang sekali gus meransang pendapatan penduduk setempat.

“Kita akan bangunkan Isthmus seperti yang ada di Kuching yang seperti Pusat Konvensyen Borneo Kuching yang dibangunkan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud semasa beliau menjadi Ketua Menteri dulu,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penyampaian Cek Pampasan bagi Projek Masterplan for Mini Isthmus Gedong, pada Rabu.

Justeru itu, tegas beliau kerajaan Sarawak menerusi pimpinannya komited untuk membangunkan Gedong serta sekitarnya.

Sementara itu menurut Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Samarahan, Mohammad Zunica Mohammad Sapi’ee, Projek Masterplan for Isthmus Gedong ini telah diluluskan oleh Majlis Perancangan Negeri pada 15 Jun 2022.

“Projek ini diluluskan dibawah Seksyen 48 & 5 (3) dan (4) Kanun Tanah Negeri telah diluluskan pada 30 September 2022 dengan keluasan tapak sejumlah 126.14 hektar bersamaan dengan 311.7 ekar,” katanya.

Jelasnya, projek tersebut akan menyediakan pelbagai kemudahan yang berkualiti seperti kemudahan awam yang melibatkan penyediaan perkhidmatan pendidikan, kesihatan, komersial, kediaman termasuk peluang pekerjaan di sini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found