Search
Close this search box.
Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud bercakap pada sidang akhbar berkenaan tuntutan sulu di Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang semalam. Foto: Bernama

Fuad A Kiram diklasifikasikan sebagai pengganas

ByBernama

PUTRAJAYA, 12 April: Salah seorang penuntut daripada Kumpulan Sulu yang dikenali sebagai Fuad A KiramĀ  telah diklasifikasikan sebagai pengganas, kata Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEU) Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.

Beliau berkata Fuad telah disenaraikan dalam entiti yang diklasifikasi sebagai pengganas di bawah Seksyen 66B Akta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 berkuat kuasa 6 April lepas.

ā€œKementerian Dalam Negeri telah memaklumkan bahawa seorang penuntut Fuad A Kiram yang juga salah seorang pengasas Royal Sulu Force iaitu satu kumpulan pengganas, telah diklasifikasikan sebagai entiti pengganas oleh kerajaan,ā€ katanya dalam satu taklimat media di sini hari ini.

Fuad atau nama sebenarnya Muhammad Fuad Abdullah Kiram, 69, merupakan salah seorang yang daripada lapan individu yang mendakwa waris Kumpulan Sulu dan sedang membuat tuntutan terhadap Sabah termasuk beberapa aset milikĀ Malaysia di luar negara.

Pada Februari tahun lepas, Ā agensi berita di Sepanyol melaporkan penimbang tara negara itu Dr Gondoza Stampa telah mengarahkan Malaysia membayar pampasan sebanyakĀ US$14.92Ā bilionĀ (RM62.59 bilion) kepada waris Sultan Sulu.

Malaysia didakwa tidak membayar wang pemisah atau pampasan berjumlah RM5,300 setahun sejak 2013 yang dikatakan telah melanggar Perjanjian 1878Ā yangĀ ditandatangani Sultan Jamal Al-AlamĀ dengan Baron De Overbeck dan Alfred Dent mewakili syarikat British Utara Borneo.

Terdahulu pada majlis sama, MenteriĀ Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said berkataĀ tuntutan berkenaan melalui timbang tara komersial serta prosiding terhadap Malaysia dibiayai oleh dana litigasi dikenali sebagai Therium untuk menuntut sebanyak US$14.9 bilion daripada Malaysia.

Azalina juga berkata faktaĀ kes tuntutan Kumpulan Sulu ituĀ adalah tidak begitu kukuh kerana sehingga kini belum diketahui sama ada mereka yang membuat tuntutan itu benar-benar waris Sultan Jamalul KiramĀ II.

Beliau berkata tuntutan pihak Sulu terhadap Malaysia juga mengabaikan kehendak rakyat SabahĀ  untuk membentukĀ  Malaysia pada 1963 seperti yang dilaporkan oleh Suruhanjaya Cobbold. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan