Search
Close this search box.
GLOPEC memberi tumpuan untuk mempamerkan produk PKS Sabah di China dan mengembangkan peluang perniagaannya yang melibatkan pembeli, pengimport dan pengedar tempatan. Foto: Yayasan Sabah

Produk PKS Sabah dipromosikan di China

ByRegina Lee

KOTA KINABALU, 11 April: Pusat Sehenti Usahawan Global (GLOPEC) akan memperkenalkan produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Sabah di China menerusi misi promosi selama empat hari bermula esok.

Yayasan Sabah berkata, promosi akan diadakan di Chengdu, Sichuan, Lanzhou dan Gansu.

Menurut yayasan itu, misi telah diselaraskan dengan Pameran Makanan dan Minuman China (CFDF) ke-108 yang mana GLOPEC merupakan salah satu pempamer di Pavilion Malaysia di bawah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Chengdu.

“Misi perdagangan ini menandakan satu peristiwa penting bagi GLOPEC untuk merealisasikan visi mempromosi produk PKS Sabah di China dengan tumpuan utama di Chengdu dan Lanzhou.

“GLOPEC turut memberi tumpuan untuk mengembangkan peluang perniagaan dengan melibatkan pembeli, pengimport dan pengedar tempatan,” katanya yayasan itu menerusi kenyataan media hari ini.

Yayasan Sabah turut memaklumkan, GLOPEC juga akan mengadakan kunjungan hormat dan sesi rangkaian dengan Jabatan Perdagangan Wilayah Gansu (DOFCOM) dan Majlis China untuk Promosi Perdagangan Antarabangsa Gansu Sub-Majlis (CCPIT Gansu) bagi mengembangkan jangkauan perniagaan mereka di peringkat antarabangsa.

“Pameran itu dijangka menarik lebih daripada 3,000 peserta dan 150,000 pembeli,” jelas kenyataan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan