Search
Close this search box.
Sarawak Coastguard pertama beroperasi di Tanjung Manis. Foto: UKAS.

Perairan Tanjung Manis kini ‘dilindungi’ Sarawak Coastguard

SARIKEI, 11 April: Kawalan keselamatan di perairan Tanjung Manis kini semakin dipertingkatkan dengan kewujudan Sarawak Coastguard yang pertama.

Ketua Markas Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UPKS) Tanjung Manis, Eddy Gilbert Yakut berkata, pasukan itu akan memainkan peranan sebagai pelengkap keselamatan di perairan pantai dan sungai.

Katanya, mereka juga akan membantu agensi keselamatan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Pengawal pantai Sarawak Coastguard juga sedia untuk bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasa lain dalam operasi khas termasuk bencana seperti banjir,” katanya pada Majlis Doa Selamat sempena penempatan Sarawak Coastguard di Tanjung Manis, hari ini.

Jemputan kenamaan yang hadir pada Majlis Doa Selamat sempena penempatan Sarawak Coastguard di Tanjung Manis, hari ini. Foto: UKAS.

Penempatan aset pasukan itu merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak untuk meningkatkan kawalan keselamatan persisir pantai selain memelihara alam sekitar.

Ia antara lain akan menguatkuasakan undang-undang di bawah Ordinan Perikanan Negeri 2003, Ordinan Hutan 2015, Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998, Ordinan Taman Negara dan Rizab Alam Semula Jadi 1998 dan Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) 1958.

Majlis turut dihadiri Pemangku Pegawai Daerah Tanjung Manis, Ismail Kasah, Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Gilbert Tinggak Numpang dan Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis, PBK I (KUP) Awang Busrah Awang Mostapha. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan