Search
Close this search box.
Yusuf menyampaikan sumbangan kepada Kelab Ukhwah Meradong. Foto: PK Tanjung Manis

Rancang perjalanan sebelum balik kampung

SARIKEI, 10 April: Pelajar pusat pengajian tinggi yang akan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri mulai minggu depan diingatkan agar membuat perancangan rapi bagi memudahkan perjalanan mereka.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abd Wahab berkata, ketika ini pasti ramai teruja untuk balik kampung namun, aspek keselamatan dan kelancaran perjalanan termasuk pulang semula ke kampus selepas Hari Raya nanti juga perlu diambil kira.

“Anak-anak kita, pelajar-pelajar yang bersekolah jauh di Semenanjung, mereka akan balik ke kampung halaman masing-masing dan mereka akan menggunakan bermacam-macam jenis kenderaan. Ada yang menaiki kereta kalau belajar di kawasan Sarawak, kapal terbang untuk yang berada di Semenanjung atau tempat lain. Jadi saya nasihatkan kepada pelajar-pelajar supaya membuat persediaan awal dengan membeli tiket awal supaya mendapat tiket dengan harga yang murah,” katanya ketika ditemui media di Sarikei semalam.

Amalan pulang ke kampung sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri sudah menjadi satu kewajiban kepada anak-anak perantauan termasuk mereka yang masih bergelar pelajar.

Malah, sambutan Hari Raya seolah-olah menjadi tidak lengkap dan kurang meriah sekiranya tidak dapat pulang beraya di kampung pada 1 Syawal nanti.

“Rancang perjalanan supaya tidak ketinggalan kapal terbang dan sebagainya. Begitu juga dengan kesesakan yang mungkin terjadi di Semenanjung. Jadi rancang perjalanan dengan baik, begitu juga tiket untuk ke kembali ke universiti, tempat kuliah dan tempat belajar masing-masing,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Kementerian Pengangkutan (MOT) bakal mengumumkan penambahan penerbangan termasuk ke Sabah dan Sarawak sempena Hari Raya Aidilfitri.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, harga tetap untuk penerbangan seperti diumumkan sebelum ini turut dilaksanakan bersama penambahan penerbangan berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan