Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman menyerahkan sumbangan TBS kepada golongan asnaf terpilih. Foto: Pusat Khidmat Bukit Kota

Rakyat perlu jayakan agenda pembangunan

LIMBANG, 10 April: Penduduk termasuk di kawasan luar bandar perlu memberi kerjasama dalam menjayakan sebarang agenda pembangunan yang dilaksanakan kerajaan.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, pembangunan dalam memastikan keselesaan penduduk tidak hanya terletak sepenuhnya kepada kerajaan sebaliknya memerlukan penglibatan mereka.

“Penduduk kampung perlu merebut peluang yang terhasil daripada pembangunan yang sedang rancak dilaksanakan di Daerah Limbang pada masa ini,” katanya pada Program Badudun Ramadan Bersama Pemimpin Daerah Limbang anjuran Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Limbang (JKTPIL) dan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Limbang di Surau Nurul Salihin, Kampung Pengkalan Rejab malam tadi.

Turut sama Pegawai Daerah Limbang, Sulaiman Engal dan Ketua Bahagian TBS Limbang, Junaidi Lamat.

Pada majlis itu seramai 10 orang asnaf terpilih menerima sumbangan daripada TBS yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan