Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke (kanan) pada sidang akhbar mengenai penambahbaikan industri e-hailing dan teksi di Kementerian Pengangkutan, hari ini. Foto: BERNAMA

Permohonan pengampunan Najib tidak pernah dibincang di kabinet – Loke

ByBernama

PUTRAJAYA, 10 April: Permohonan pengampunan diraja bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet kerana ia bukan urusan kerajaan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Ahmad Zahid kemuka representasi mohon gugurkan 47 pertuduhan
  2. 2. Isu pengampunan Najib: Tiada desakan politik, ikut proses sedia ada – Ahmad Zahid

“Isu pengampunan itu ialah pendirian UMNO sebagai parti politik,” katanya menjawab soalan dalam sidang media di sini hari ini.

Loke yang juga Setiausaha Agung DAP berkata sesiapa sahaja selepas disabitkan kesalahan boleh memohon pengampunan dan ia merupakan proses biasa.

“Proses itu adil kepada semua pihak. Siapa-siapa sahaja boleh mohon pengampunan tapi sama ada itu dibenarkan atau tidak terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Untuk kita, kita menaruh kepercayaan kepada proses itu dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk membuat keputusan yang terbaik,” katanya.

Pada 23 Ogos 2022, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.

Pada 31 Mac lepas, Najib gagal memperoleh kebenaran menyemak hukuman dan sabitan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan