Search
Close this search box.
Fahmi Fadzil berucap pada Majlis Apresiasi Media di Kuala Lumpur, hari ini. Foto: Saibi Gi (TVS)

Maklumat sahih diterima media penting elak kekeliruan rakyat – Fahmi

BySaibi Gi

KUALA LUMPUR, 10 April: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata memastikan maklumat yang sahih sampai kepada media merupakan antara peranan pihaknya.

Menurutnya, maklumat yang sahih diperolehi media akan disebarkan menerusi platform masing-masing untuk pengetahuan orang ramai.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. KWSP perincikan mekanisme bagi FSA 2, bermula 7 April
  2. 2. Pejabat Premier Sarawak kemuka nama Pengarah J-KOM Sarawak awal minggu depan – Abdullah

 

Mengambil contoh berhubung persoalan orang ramai mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), beliau berkata penjelasan mengenainya akan dilakukan Ketua Pegawai Operasinya, Sazaliza Zainuddin menerusi RTM pada malam Selasa.

“Dalam isu KWSP terdapat banyak maklumat yang sampai (diterima orang ramai), ada yang salah tafsir dan salah ulas oleh rakan-rakan netizen.

“Ramai yang bertanya apakah kenyataan penuh KWSP (mengenai persoalan orang ramai), apakah keadaan itu sebenarnya,” katanya berucap pada Majlis Apresiasi Media Bersama YB Fahmi Fadzil di sini, malam ini.

Pada 7 April, ahli KWSP dibenarkan membuat pengeluaran bersyarat menerusi Fasiliti Sokongan Akaun Dua (FSA2).

Begitu juga dengan soal pelantikan Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Sarawak beliau telah dihubungi wartawan bagi pengesahan susulan dakwaan jawatan itu sudah diisi.

Beliau berkata beliau telah menjelaskan kepada wartawan bahawa belum ada lantikan ke jawatan itu.

“Nama yang akan diangkat menjadi Pengarah J-KOM Sarawak itu akan diusul oleh Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg),” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan