Search
Close this search box.
Seorang lelaki yang dikesan membuang sampah menerusi kenderaannya di Sibu pada minggu lepas tampil memohon maaf. Foto TVS

Lelaki buang sampah ketika memandu di Sibu mohon maaf

SIBU, 10 April: Tindakan seorang seorang lelaki yang membuang sampah melalui tingkap kenderaannya pada Isnin lalu membawa padah apabila hampir didenda RM500 oleh Majlis Perbandaran Sibu (MPS).

Tindakan tidak bertanggungjawab lelaki itu telah dirakam oleh orang awam yang kemudian tular di media sosial.

Timbalan Pengerusi MPS, Kaunselor Mohammed Abdullah Izkandar Roseley berkata, pihaknya berjaya mengesan suspek yang kemudian tampil ke pejabat MPS untuk membayar saman berkenaan pada Rabu.

“Bagaimanapun, dia hanya diberi amaran atau berdepan denda jika mengulangi perbuatannya itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau memberitahu, lelaki itu juga telah memohon maaf kepada MPS serta berjanji tidak mengulangi kesilapan itu.

Sementara itu, Mohammed Abdullah Izkandar memberitahu, MPS sedang berusaha untuk memastikan kebersihan bandar ini dan berharap orang ramai juga dapat memainkan peranan. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan