Search
Close this search box.
Datuk Rubiah Wang (kanan) bersama Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyempurnakan Majlis Santunan Kasih Ramadan KKDW di Masjid Darul Huda, Kampung Sebandi Matang, di sini, hari ini. Foto Awang Azmil (TVS)

Kadar akses keperluan asas rakyat Malaysia melebihi 90 peratus – Rubiah Wang

ByAhmad Burhanuddin

KOTA SAMARAHAN, 10 April: Akses rakyat negara ini kepada keperluan asas kini melebihi 90 peratus, kata Datuk Rubiah Wang.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata, sebagai contoh sebanyak 85 peratus kawasan luar bandar telah dibekalkan dengan kemudahan elektrik 24 jam.

Kata beliau, ini menjadikan liputan keseluruhan elektrik 24 jam di seluruh negara melebihi 99 peratus.

“Selain itu, warga desa turut dibekalkan dengan air bersih dan terawat yang memberi manfaat kepada lebih 1.8 juta penduduk luar bandar.

“Ini menjadikan liputan keseluruhan air luar bandar melebihi 90 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan KKDW Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2023 di Masjid Darul Huda, Kampung Sebandi Matang, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee.

Pada majlis itu, seramai 1,500 orang anak yatim, pelajar tahfiz, asnaf dan masyarakat setempat turut diraikan.

Sementara itu, Rubiah memberitahu, kerajaan menerusi KKDW juga turut memberi fokus kepada isu pemilikan rumah di kalangan rakyat di negara ini.

Kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan, ini dapat dilihat menerusi perlaksanaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dibina untuk golongan miskin dan tegar di luar bandar.

Pada masa sama katanya, pembinaan jalan luar bandar dan jalan desa oleh kerajaan juga telah memberi manfaat kepada lebih 3.7 juta penduduk luar bandar di negara ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan