Search
Close this search box.
ADUN Jepak, Datuk Talip Zulpilip mengadakan Kunjungan Hormat ke atas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia. Foto: Premier Office

Isu tanah di Bintulu diutarakan kepada Premier Sarawak

BySalasiah Safian

KUCHING, 10 April: Perbincangan akan terus diadakan dari semasa ke semasa berhubung beberapa perkara dan pembangunan di Bahagian Bintulu.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Datuk Talip Zulpilip banyak pembangunan yang dilaksanakan di Bintulu, namun terdapat juga isu yang dihadapi penduduk, antara isu yang dibangkitkan ialah perebutan tanah dan tuntutan yang bertindih.

“Tiada pembangunan yang tanpa masalah, umpamanya hal tanah. Apabila ada pembangunan, orang ramai berebut tanah ataupun tuntutan yang bertindih. Jadi itu satu perkara yang kami utarakan, yang kami bentangkan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini.

Tambahnya, antara pembangunan yang dilaksanakan di Bintulu ialah projek pembinaan Jambatan Bintulu-Jepak, Projek Pembangunan Jepak Jaya yang melibatkan lebih 8,300 lot perumahan serta pusat pentadbiran.

Sebelum ini, beliau yang juga merupakan Penasihat Pembangunan Jepak Jaya telah mengadakan perbincangan bersama Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan Jabatan Tanah dan Survei (JTS).

Sehubungan itu, beliau turut berharap agar penduduk setempat terus memberikan sokongan kepada pihaknya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan