Search
Close this search box.
ADUN Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman merasmikan Majlis Ringkas Perasmian Bazar Ramadan Emart di Matang hari ini. Foto TVS.

Bazar Ramadan Emart simbolik kerjasama dengan PBT

KUCHING, 10 April: Penganjuran Bazar Ramadan Emart di Matang pada tahun ini merupakan contoh kerjasama yang boleh dirintis oleh sektor swasta dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), kata Fazzrudin Abdul Rahman.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong berkata, menerusi kerjasama berkenaan, PBT khususnya Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dapat mengenal pasti masalah dihadapi oleh peniaga setempat.

“Majlis perasmian bazar pada hari ini merupakan simbolik selain merupakan program pertama dengan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi MPP yang baharu sahaja dilantik,” katanya.

ADUN N6 Tupong , Fazzrudin Abdul Rahman memberi topi kepada salah seorang peniaga Bazar Ramadan Emart di Matang pada hari ini. Foto: TVS

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan bazar berkenaan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi MPP, Kaunselor Tan Kai.

Fazzrudin berkata, beliau juga berharap agar MPP juga boleh melihat sendiri keadaan di lapangan dan seterusnya merangka strategi untuk membantu masyarakat.

Bazar Ramadan Emart Matang pada tahun ini menyediakan sebanyak 59 gerai makanan dan minuman dan mula beroperasi pada awal bulan puasa ini. -TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan