Search
Close this search box.
Pemain tenis negara, Muhamamad Aiman tidak tersenarai dalam kem tenis negara ke Sukan SEA Kemboja tahun ini. Foto Muhammad Aiman.

Atlet Sarawak dakwa tiada pemilihan ke Sukan SEA Kemboja, punca ‘tersingkir’

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 10 April: Selepas ‘berselindung’ mengenai punca tidak tersenarai membarisi skuad tenis negara ke Sukan SEA Kemboja tahun ini, atlet Sarawak, Muhammad Aiman Hamdan tampil dengan pendedahan baharu.

Lebih mengejutkan atlet berusia 22 tahun itu mendakwa tiada pemilihan pemain dilakukan tahun ini berbanding edisi lepas.

Baca artikel berkaitan >>>>> Juara SUKMA dari Sarawak ‘tercicir’ wakili Malaysia ke Sukan SEA

Kata pemenang pingat emas Sukan Malaysia (SUKMA) Kuala Lumpur 2022 itu, selain faktor berkenaan, dia turut berdepan beberapa isu lain.

“Kenapa saya tidak terpilih, pertamanya kerana mengalami kecederaan lutut dan tidak dapat sertai latihan, bagaimanapun saya masih melakukan upper body training di gimnasium.

“Pada masa sama, saya masih belajar dan ada peperiksaan akhir,” katanya menerusi video yang dimuat naik menerusi instastory kelmarin.

Muhammad Aiman yang membawa pulang pingat gangsa berpasukan pada Sukan SEA Vietnam tahun lalu berkata, sepanjang tempoh mengalami kecederaan, dia juga tidak menerima sebarang elaun.

“Oleh itu, saya melakukan tugas kejurulatihan kerana memerlukan wang untuk membayar komitmen bulanan.

“Seorang jurulatih nampak saya buat coaching dan laporan dibuat (kepada persatuan). Sebenarnya saya hanya lakukan coaching secara statik iaitu berdiri dan beri bola kepada pelatih malah saya tidak berlari,” jelasnya.

Muhammad Aiman turut mendakwa, dia juga dikatakan tidak hadir rawatan fisioterapi sebanyak beberapa kali.

“Sebenarnya hanya sekali saya tidak buat fisio atas sebab kecemasan, jika tidak percaya, boleh semak dengan Majlis Sukan Negara (MSN) atau Institut Sukan Negara (ISN),” katanya.

Sementara itu, Muhammad Aiman turut mendakwa tidak ada pemilihan yang adil pada tahun ini.

“Kalau perkara itu berlaku dan kalah, saya berpuas hati.

“Pada edisi lepas, jurulatih membuat pemilihan berdasarkan dua kejohanan dan saya layak menyertai pasukan negara, tahun ini tiada pemilihan, tiada program tetapi saya tidak dipilih,” katanya.

Kata Muhammad Aiman, sekiranya persatuan ‘tidak mahu’ dia berada dalam pasukan, perkara itu harus dimaklumkan lebih awal.

“Mereka kata kena tunggu pengumuman, berapa lama kena tunggu.

“Mereka juga maklumkan akan ada majlis menandatangani kontrak namun sampai sekarang perkara itu tidak berlaku , walaupun menang pingat gangsa tahun lepas.

“Bagaimana saya hendak beri komitmen pergi latihan setiap hari sekiranya tanpa kontrak,” katanya.

Muhammad Aiman baru-baru ini mendedahkan dia tidak tersenarai untuk ke Sukan SEA tahun ini dengan mendakwa keputusan pemilihan lima pemain lelaki yang akan membawa cabaran negara dilakukan oleh jurulatih.

Sementara itu, Setiausaha Tenis Malaysia Muhammad Shahrul Hafidz Ab Rahman ketika dihubungi TVS menafikan perkara itu.

Kata beliau, pemilihan dilakukan pada tahun ini untuk menentukan atlet-atlet yang akan beraksi di Kemboja.

“Muhammad Aiman turut terlibat dengan pemilihan namun dia tersingkir pada peringkat akhir,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan