Search
Close this search box.
Gambar menunjukkan Gerik, Perak kawasan seorang guru ditugaskan mengajar yang menyebabkan dia alami fobia air. Foto TVS

Anggota tentera hilang di Hutan Simpan Royal Belum, Perak

ByTVS

IPOH, 10 April: Seorang anggota tentera dilaporkan hilang ketika melakukan operasi di kawasan pedalaman Hutan Simpan Royal Belum, Gerik dekat sini.

Kehilangan anggota lelaki berusia 33 tahun dari Batalion ke-25 RAMD Kem Sri Bentong, Pahang itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 5 petang pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya melakukan siasatan selepas menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 12.50 tengah hari semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri.

Ujarnya, mangsa bersama lima anggota lain dikatakan sedang melakukan operasi di kawasan penugasan sebelum dilaporkan hilang.

“Usaha mencari dan menyelamat (SAR) telah dijalankan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula 7 April lalu.

“Sehingga kini mangsa belum ditemui,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan