Search
Close this search box.
Fadillah Yusof menyerahkan bubur lambur kepada orang ramai sempena Program Bubur Lambuk dan Sumbangsih Ramadan Media Sarawak dan Liansin 2023 di sini hari ini. Foto TVS.

Pembangkang diminta kemuka permohonan rasmi kerjasama dengan kerajaan

KUCHING, 9 April: Pembangkang diminta membuat tawaran rasmi berhubung kerjasama yang ingin dibentuk dengan Kerajaan Perpaduan, kata Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, ini penting bagi pertimbangan dilakukan termasuk mengenai jumlah peruntukan yang boleh disalurkan kepada mereka kelak.

Kata beliau, sekiranya terdapat tawaran rasmi, pasukan khas akan dibentuk untuk mengadakan rundingan.

“Dari situ kita akan tubuh pasukan di pihak kerajaan untuk berunding, melihat skop yang boleh kita bekerjasama dalam membabitkan kerajaan dengan pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Pelancaran Program Bubur Lambuk dan Sumbangsih Ramadan Media Sarawak dan Liansin 2023 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, sekiranya wujud kerjasama membabitkan kerajaan dengan pembangkang, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana pernah berlaku sebelum ini menerusi memorandum persefahaman (MoU).

Berhubung pertemuan awal dengan wakil pembangkang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan baru-baru ini, Fadillah berkata, antara perkara yang dibincangkan ialah perkara-perkara yang boleh digunakan oleh pembangkang.

“Selain itu kita (kerajaan) juga melihat apakah bentuk tawaran kerjasama oleh mereka,” katanya.

Pada masa sama beliau memaklumkan, tiada tempoh masa ditetapkan kepada pembangkang untuk memberikan surat tawaran kerjasama kerajaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan