Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol ketika penyerahan tapak projek laluan masuk ke Rumah Bisa, Rumah Bennet dan SK Sungai Sian di Bintangor pada Khamis. Foto: TVS

RM280,000 untuk naik taraf laluan masuk di Sungai Sian

BINTANGOR, 8 April: Penduduk Rumah Bisa dan Bennet serta warga pendidik dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Sungai Sian di sini bakal menggunakan jalan baharu apabila ia siap dibina kelak.

Upacara ringkas penyerahan tapak projek menelan kos RM280,000 itu dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol pada Khamis.

Projek bina baharu laluan masuk itu dibiayai pembinaannya menggunakan dana Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di bawah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop.

Hadir sama, Pemangku Pegawai Daerah Meradong Thomas Geoffrey Kendawang, Jurutera Awam Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ) Nur Hazirah Sadong, Penolong Jurutera Awam JKR Bahagian Sarikei Siti Anastasya Saili,  Pemanca Rapen Angga, Penghulu Hashim Abg Solhi, Penghulu Abas Banyi, Cr Michael Asin, Tr Bisa Melintang dan Tr Bennet Abul. 

Abdullah yang juga ADUN Semop turut mengadakan perbincangan dengan pegawai MDMJ serta tuai-tuai rumah mengenai cadangan membina papan tanda pada setiap penempatan di kawasan Sungai Sian dan Nangga Bangkit/ Selidap.

Datuk Abdullah Saidol pada program pengagihan bubur lambuk di Bintangor pada Khamis. Foto: TVS

Pada acara berasingan, beliau mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai menerusi program anjuran Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Rajang, Kelab IAM Sarawakian, Kelab Anak Seni Meradong dan Jawatankuasa Pengurusan Surau Darul Al-Taqwa di pangkalan feri Bintangor.

Abdullah juga berkesempatan mengadakan perjumpaan dan beramah mesra dengan para peniaga di tapak pasar Ramadan Bintangor.

Kesempatan itu digunakan oleh beberapa orang wakil peniaga dari Gerai Niaga Tebingan Bintangor menyampaikan permohonan supaya bangunan gerai-gerai mereka dinaik taraf. 

Pada sebelah malam, Abdullah bersama-sama para guru pelatih IPG Rajang berbuka puasa dengan masyarakat setempat di Surau Darul Ehsan dan solat berjemaah.

Beliau menghargai inisiatif IPG Rajang yang menganjurkan aktiviti kemasyarakatan seperti program mengagih bubur lambuk. 

“Kita berharap warga pendidik sentiasa cekal dan tabah dalam karier ke arah membangunkan anak muda agar terdidik menjadi insan berkualiti,” ujarnya ketika berucap.

Beliau juga berpesan agar para guru pelatih bekerjasama erat dengan ibu bapa para pelajar yang bakal mereka didik terutama di luar bandar.

Ini adalah supaya ibu bapa turut terlibat dalam memantau prestasi pendidikan anak.

“Mentaliti dan sikap para pelajar generasi ‘media sosial’ berlainan dengan pelajar sebelum ini. Selain pendidikan ilmu dalam kelas, pelajar-pelajar sekarang harus dibimbing dengan lebih hebat tentang tatasusila, adab sopan dan kerohanian,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan