Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek ketika menghadiri Majlis Jerayawara Pendidikan MADANI peringkat Selangor pada Jumaat. Foto: Fadhlina Sidek (FB).

COVID-19: Peningkatan kluster pendidikan masih terkawal, KPM ambil langkah intervensi

ByBernama

SHAH ALAM, 8 April: Peningkatan mendadak kes COVID-19 melibatkan kluster pendidikan baru-baru ini masih dalam keadaan terkawal dengan langkah-langkah intervensi telah diambil oleh Kementerian Pendidikan (KPM), kata Menteri berkenaan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata, pelbagai langkah intervensi dilakukan antaranya menyediakan bilik isolasi, memberi peringatan kepada guru dan pelajar berhubung peningkatan wabak berkenaan dan meminta ibu bapa memantau tahap kesihatan anak-anak mereka sebelum dihantar ke sekolah.

Bagaimanapun, beliau berkata saringan ke atas murid di sekolah akan dilakukan mengikut keperluan dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kita menerima nasihat daripada KKM dari masa ke masa dan pemantauan sentiasa dilaksanakan oleh  KKM dan KPM. Kita minta semua ambil serius tentang isu ini. Ini bukan wabak yang tidak pernah kita harungi dan kita tahu bagaimana ia tersebar dan bagaimana ia boleh dihentikan.

“Jadi kita minta semua pihak mengawal dan mengambil perhatian tentang isu kesihatan masing-masing terutamanya ketika musim Hari Raya nanti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jerayawara Pendidikan MADANI peringkat Selangor di sini pada Jumaat.

KKM sebelum ini memaklumkan sebanyak 11 kluster pendidikan dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi ke-13 2023 (ME13/2023), dari 26 Mac hingga 1 April berikutan pembukaan semula sesi persekolahan pada pertengahan Mac lepas, serta pergerakan masyarakat yang banyak ketika musim cuti sekolah yang lalu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan