Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Aroma Sungkei – Episod 16 | Resipi Umbut Kelapa Masak Lemak & Sambal Petai Udang

ByTVS

RESIPI apa yang kita kongsikan hari ini? Ini dia resipi yang disiarkan menerusi Aroma Sungkei Episod 16 telah disiarkan di TVS Saluran 122 Astro dan MYTV pada Jumaat (7 April).

Dua sajian yang dipertontonkan ialah Umbut Kelapa Masak Lemak dan Sambal Petai Udang. Ingin berbuka puasa dengan dua hidangan ini? Kami sajikan resipinya untuk anda. Selamat bersungkei!

Umbut Kelapa Masak Lemak

Bahan-bahan:

200g umbut kelapa sawit

2 cawan santan

50g ikan rebus

5 biji bawang merah

2 cili merah

Garam secukup rasa

 

Cara memasak:

  1. Mayang halus bawang merah dan cili merah
  2. Tumis bahan yang dimayang sehingga naik bau
  3. Masukkan ikan rebus & umbut kelapa sawit
  4. Letakkan garam secukup rasa
  5. Masak sehingga 7 minit
  6. Sedia dihidang

 

Sambal Petai Udang

Bahan-bahan:

100g gram udang

1 biji bawang besar

4 bawang putih

1 cm halia

80g petai

1 batang serai

20g cili kering

Garam & gula secukup rasa

Cara memasak:

  1. 1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia & cili kering
  2. 2. Tumis bahan kisar sehingga naik bau
  3. 3. Masukkan serai yang dititik & petai
  4. 4. Biarkan selama 2 minit dan masukkan udang
  5. 5. Tambah garam dan gula secukup rasa
  6. 6. Sedia dihidang

Aroma Sungkei bersiaran setiap hari sepanjang Ramadan pada jam 5.15 petang, ulangan keesokan harinya jam 10.15 pagi di TVS saluran 122 Astro dan MYTV. 

Anda juga boleh menonton episod penuh Aroma Sungkei di YouTube TVS Entertainment dan sedutan menarik di media sosial TVS Entertainment di FacebookInstagram dan TikTok. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan