Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan amanat pada Majlis Nuzul Al-Quran peringkat Negeri di sini, malam ini. Foto: TVS

Sarawak kaji semula PCDS 2030 – Abang Johari

ByLuqman Muhammad

LAWAS, 7 April: Kerajaan Sarawak akan mengkaji separuh penggal bagi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) berhubung pelaksanaan tahun ketiga Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata hasrat itu sebagai penilaian prestasi bagi memastikan perancangan PCDS berada pada  landasan yang betul ke arah mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

“Kajian semula ini, adalah penting bagi kami untuk mengutamakan projek berimpak tinggi yang bersifat segera dalam PCDS 2030, yang akan mempercepatkan pertumbuhan Sarawak untuk menjadi sebuah negeri maju,” kata beliau.

Abang Johari berkata demikian pada Majlis Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak di Masjid Darul Ma’amur di sini, malam ini.

Abang Johari juga mendedahkan Kerajaan Sarawak akan menumpukan usaha kepada projek keutamaan, yang akan membolehkan Sarawak mencapai matlamat Kemakmuran Ekonomi, Keterlibatan Sosial dan Kelestarian Alam Sekitar.

Dalam pada itu Abang Johari menyeru semua rakyat Sarawak untuk sama-sama bersatu memastikan perpaduan kepelbagaian dalam meraikan sambutan 60 tahun Sarawak Merdeka.

“Marilah kita menjadikan Sarawak sebagai wilayah yang maju dan makmur untuk kesejahteraan bersama,” ujar beliau.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan