Search
Close this search box.
MBSB menawarkan Ihsan-i kepada pencarum KWSP. Foto: MBSB (Facebook)

MBSB buka permohonan Ihsan-i kepada pencarum KWSP hari ini

KUCHING, 7 April: Permohonan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) patuh Syariah Ihsan-i kelolaan MBSB Bank Berhad (MBSB) dibuka kepada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang layak bermula hari ini.

MBSB menerusi ruangan Soalan Lazim di laman sesawangnya berkata mereka yang ingin menggunakan kemudahan ini boleh permohonan secara dalam talian menerusi sesawang www.fsa2mbsbbank.com

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. MBSB Bank tawar kemudahan patuh syariah FSA2 kepada pencarum KWSP

  2. 2. KWSP perincikan mekanisme bagi FSA 2, bermula 7 April

  3. 3. Pencarum perlu sedar risiko mungkir FSA2 KWSP

Apakah ciri-ciri produk pembiayaan kemudahan yang ditawarkan MBSB?

i. Kadar pembiayaan yang kompetitif
ii. Konsep produk: Tawarruq (Komoditi Murabahah)
iii. Tempoh pembiayaan: sehingga 10 tahun
iv. Jumlah pembiayaan: RM 3,000 sehingga RM 50,000
v. Perlindungan takaful: Wajib
vi. Terma pembiayaan:
a. 12 bulan pertama: Bayaran Keuntungan sahaja
b. Bulan ke 13 dan seterusnya : Prinsipal + Keuntungan (Ansuran Penuh)
vii. Tiada Penjamin diperlukan.

KWSP menerusi ruangan Soalan Lazim di laman sesawangnya menjelaskan FSA2 adalah bertujuan untuk membolehkan ahli KWSP membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun bagi membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Permohonan awal ini membolehkan ahli mengambil kira simpanan yang ada dalam Akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan di mana bayaran pengeluaran hanya akan dibuat kepada pihak institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 tahun hingga 55 tahun tertakluk kepada pilihan umur pengeluaran ahli.

Syarat-syarat permohonan:

* Terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun
* Warganegara Malaysia
* Permohonan adalah sekali sahaja
* Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan
* Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP
* Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000 dalam Akaun 2 (tertakluk kepada amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan)

Penjelasan lanjut tentang cara pengeluaran. Terdapat tiga langkah utama yang perlu dilakukan oleh ahli:

* Langkah 1: Membuat semakan awal kelayakan simpanan Akaun 2 KWSP melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian.
* Langkah 2: Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan.
* Langkah 3: Mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.

Setelah permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun diluluskan oleh KWSP, maka:
* Amaun pengeluaran tersebut berserta dividen terkumpul akan dibayar ke akaun ahli di institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur pilihan pengeluaran di antara umur 50 tahun hingga umur 55 tahun; dan
* Ahli boleh membuat pengeluaran pra-persaraan lain tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2 selepas ditolak amaun Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.

Amaun kelayakan Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun adalah berdasarkan amaun simpanan dalam Akaun 2 yang ditolak dengan sebarang amaun pengeluaran yang belum diluluskan (jika ada) seperti Pengeluaran Pendidikan, Kesihatan dan sebagainya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan