Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari (tengah) bersama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud (kanan) serta Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar (kiri). Foto: Faitullah Morni (TVS)

Al Quran, sumber intelektual, spiritual terbaik umat Islam – Abang Johari

ByLuqman Muhammad

LAWAS, 7 April: Al-Quran merupakan sumber intelektual dan spiritual terbaik kepada umat Islam, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut Abang Johari, kalamullah ini adalah ‘tiang’ asas yang bukan hanya untuk agama dan pengetahuan spiritual tetapi bagi semua cabang ilmu pengetahuan.

“Atas sebab itu, al-Quran hendaklah menjadi sumber utama dan inspirasi pandangan umat Islam tentang kesepaduan sains dan pengetahuan intelektual,” tegas Abang Johari.

Abang Johari berkata demikian pada Majlis Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak di Masjid Darul Ma’amur di sini, pada Jumaat.

Dalam pada itu Abang Johari menyeru masyarakat Islam untuk memperbanyakkan amalan membaca al-Quran di bulan Ramadan.

“Membaca, tadabbur (menghayati) dan mengamalkannya juga merupakan satu perintah yang perlu diikuti. Al-Quran merupakan penawar dan menyelamatkan kita daripada pelbagai kerosakan,” ujar beliau.

Terdahulu, majlis berkenaan menyaksikan Lawas julung kali dipilih sebagai tuan rumah bagi sambutan itu.

Pelbagai pengisian ilmiah telah disusun atur pada majlis tersebut antaranya Tazkirah Nuzul Al-Quran oleh Mufti Sarawak Sahibus Samahah Datu Kipli Yassin, Aluan Asmaul Husna oleh kumpulan Nasyid Ad-Daie & kumpulan zikir Masjid Besar Lawas.

Solat fardu maghrib dan isyak serta solat sunat tarawih telah diimamkan oleh Imam Besar Negeri Sarawak Sahibul Fadilah Dato Mustapha Kamal.

Majlis Nuzul Al-Quran itu berakhir dengan jamuan moreh pemimpin bersama dengan masyarakat Islam di Lawas.

Turut hadir Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib, isteri Premier Sarawak Datuk Amar Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang, Timbalan Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar serta dif-dif kenamaan yang lain.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan