Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub (dua dari kiri) menyampaikan Bakul Rahmah kepada penerima pada Majlis Penyerahan Bantuan Memacu Kehidupan: Hari Raya Aidilfitri Petronas dan Bakul Rahmah hari ini. Foto TVS.

34,000 Bakul Rahmah telah diedar seluruh negara

ByTVS

BUKIT MERTAJAM, 7 April: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menyampaikan sebanyak 34,000 Bakul Rahmah sehingga hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pengagihan bantuan tersebut kepada golongan sasaran miskin tegar telah mencapai 95 peratus daripada sasaran 37,000 bakul bantuan.

Menurutnya, bantuan itu akan memanfaatkan kira-kira 30 peratus daripada hampir 170,000 isi rumah miskin tegar seluruh negara.

“Saya harap penyerahan Bakul Rahmah ini dapat disempurnakan dalam tempoh beberapa hari lagi sebelum Aidilfitri.

“Ia adalah antara salah satu inisiatif yang berjaya kita adakan dengan didukung oleh rakan-rakan strategik dan disambut baik penerima,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Bantuan Memacu Kehidupan: Hari Raya Aidilfitri Petronas dan Bakul Rahmah di sini pada Jumaat.

Hadir sama Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad (PDB), Azrul Osman Rani dan Pengarah KPDN Pulau Pinang, S. Jegan.

Inisiatif Bakul Rahmah merupakan satu daripada empat elemen menerusi program Payung Rahmah bertujuan membantu golongan B40 dan miskin tegar mendepani isu kos sara hidup yang tinggi.

Bakul Rahmah berupa bakul berisi barangan keperluan asas bernilai RM100.

Dalam perkembangan berbeza, Salahuddin berkata, beberapa premis telah melaporkan hasil jualan mereka meningkat sejak menjual Menu Rahmah dalam usaha membantu rakyat meringankan beban perbelanjaan.

“Sebagai contoh semalam sebuah pasaraya memaklumkan hasil jualan meningkat sebanyak 30 peratus selain sebuah restoran makanan segera memperoleh keuntungan lumayan sejak memperkenalkan Menu Rahmah.

“Inilah daya tarikan Menu Rahmah yang boleh menjadi penarik perhatian pelanggan untuk datang sekali gus memberi keuntungan kepada pihak yang menyertainya,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan