Search
Close this search box.
Barangan yang dirampas sebagai bahan bukti kes dan lokasi kejadian. Foto: IPD Meradong

Lelaki maut terkena tembakan ketika cari besi buruk, dua suspek direman

BINTANGOR, 6 April: Seorang lelaki maut akibat terkena tembakan ketika sedang mencari besi buruk di Jalan Siew Sungai Bakong di sini, semalam.

Insiden itu mengakibatkan mangsa berusia 37 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sarikei.

Ketua Polis Daerah Meradong Deputi Superitendan Polis (DSP) Sekam Anoi berkata, kejadian itu juga menyebabkan seorang mangsa berusia 27 tahun cedera dan seorang lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Berikutan itu polis menahan dua lelaki yang masing-masing berusia 65 dan 38 tahun untuk membantu siasatan.

“Kedua-dua suspek utama ini berjaya ditahan dengan bantuan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Bintulu,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, polis turut merampas barang kes seperti beberapa butir peluru penabur dan selaras senapang patah jenis Baretta.

Kedua-dua suspek katanya, direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan di bawah kesalahan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Polis berjaya menyelesaikan kes ini dalam tempoh yang singkat namun menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi kerana kes sedang dalam siasatan polis,” katanya.

Terdahulu polis menerima satu laporan polis yang dibuat oleh suspek berkaitan kehilangan empat besi bersaiz 40 kaki panjang dan 12 kaki besar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan