Search
Close this search box.
Datuk Roland Sagah Wee Inn dan Datuk Dr Juanda Jaya pada Majlis Perasmian Jelajah Integriti di Serian, hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

Lapor jika projek mengalami kelewatan atau tidak mengikut spesifikasi – Roland Sagah

ByHafeezzur Muzamir

SERIAN, 6 April: Ketua masyarakat dan ketua kaum serta pemimpin masyarakat diseru supaya sentiasa memantau projek pembangunan yang dijalankan di kawasan masing-masing.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, tindakan itu amat penting agar semua aktiviti atau projek pembangunan yang dilaksanakan berjalan dengan lancar, tidak bermasalah dan seterusnya dapat memberi manfaat kepada rakyat.

“Sekiranya anda mengesyaki projek dilaksanakan agak lembab atau tidak mengikut spesifikasi yang telah diluluskan, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk melaporkan perkara tersebut kepada agensi berkaitan.

“Jika anda rasa ada perkara yang tidak kena berkenaan projek yang sedang dilaksanakan, maka lapor sahaja bagi memastikan agar semua projek yang dilaksanakan mengikut jadual dan spesifikasi yang ditetapkan.

“Kerajaan Sarawak berharap tiada lagi projek yang lewat dari jadual kerana kita mahu rakyat dapat menikmati infrastruktur dan kemudahan yang telah dijanjikan,“ katanya pada Majlis Perasmian Jelajah Integriti Siri 7/2023 Bahagian Serian di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya.

Sagah menambah, ia bukan sahaja melibatkan isu-isu projek pembangunan sahaja, tetapi juga melibatkan isu-isu jenayah seperti penjualan dadah di kawasan kampung, kehadiran pendatang asing tanpa izin dan sebagainya.

“Ketua masyarakat dan ketua kaum juga harus peka jika terdapat kanak-kanak yang memerlukan bantuan kebajikan dengan perlu segera memohon bantuan atau melapor kes tersebut kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurutnya, Ombudsman merupakan saluran alternatif yang sangat baik untuk menyuarakan kebimbangan mengenai penyampaian perkhidmatan awam sekiranya agensi yang berkaitan tidak dapat memberikan penyelesaian yang baik kepada aduan atau tidak bertindak ke atas aduan yang dibuat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan