Search
Close this search box.
Nur Syakira Mohammad Suhaimi turut menerima alat bantu dengar bernilai RM3,900 yang disampaikan oleh Aidel Lariwoo di Sadong Jaya di sini hari ini. Foto TVS.

JKM serah bantuan Aidilfitri lebih RM237 ribu kepada penerima di Samarahan

BySheera Abg Mansor

SADONG JAYA, 6 April: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak menyerahkan bantuan Hari Raya Aidilfitri kepada 2,375 penerima di Bahagian Samarahan hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Ir. Aidel Lariwoo berkata, jumlah agihan keseluruhan yang diserahkan sempena Majlis Sejambak Kasih Hari Raya 2023 itu mencecah RM237 500.

Kata beliau, seramai 150 orang penerima yang hadir menerima wang tunai bernilai RM100 serta hamper bernilai RM80.

“Bagi mereka yang dapat hadir, sumbangan akan dikreditkan ke akaun masing-masing,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan di Dewan Warisan Sadong Jaya, di sini.

Sementara itu, Aidel yang juga Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak turut menyerahkan sumbangan alat bantu dengar bernilai RM3,900 kepada Nur Syakira Mohammad Suhaimi,10, yang mengalami masalah pendengaran sejak kecil.

Dalam pada itu, Aidel turut memberitahu, majlis berkenaan juga diadakan bertujuan untuk meringankan beban kewangan serta menceriakan penerima sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan