Search
Close this search box.
Jankey (dua dari kanan) melawat lelaki OKU yang ditemui selamat selepas hilang selama seminggu di hutan di Tatau. Foto: BBP Tatau.

Hilang seminggu di hutan, lelaki OKU ditemui selamat

TATAU, 5 April: Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak seminggu lepas di hutan berhampiran Rumah Panjang Kanyan Penyarai, di sini, ditemui selamat malam tadi.

Mangsa, Juong Emok, 52, ditemui oleh pekerja syarikat juru ukur swasta yang sedang mencari isyarat liputan internet kira -kira pukul 9 malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau, Pegawai Bomba Tinggi (PBT II) Jankey Jikat berkata, mangsa ditemui kira – kira lapan kilometer (km) dari rumah panjangnya.

“Susulan penemuan mangsa, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan sejak Sabtu lalu ditamatkan pada pukul 11.12 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kata beliau, BBP Tatau dimaklumkan mengenai penemuan Juong malam tadi dan mangsa telah dihantar ke rumah panjangnya.

“Lelaki itu berada dalam keadaan baik dan hanya mengalami luka pada kedua belah tapak kakinya,” katanya.

Katanya, sepasukan empat anggota dari BBP Tatau turut ditugaskan untuk membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Tatau bagi mendapat rawatan lanjut pagi tadi.

Sebelum ini, Juong dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun bersendirian dan tidak pulang ke rumah pada Rabu lalu.

Susulan itu, operasi SAR telah diaktifkan bermula Sabtu lalu namun gagal menemui sebarang petunjuk. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan