Search
Close this search box.
Argentina menjuarai Piala Dunia yang berlangsung di Qatar selepas menewaskan Perancis pada perlawanan akhir . Foto hiasan: Reuters

Argentina kembali ungguli ranking pertama FIFA selepas 6 tahun

ByBernama

ANKARA, 6 April: Argentina kembali mengungguli Ranking Dunia Lelaki FIFA buat pertama kali sejak 2017, menurut badan induk bola sepak dunia itu yang mengumumkan kedudukan terkini pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.

Argentina yang diketuai Lionel Messi memenangi Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar pada Disember selepas menumpaskan Perancis.

Bulan lepas, Brazil dikejutkan oleh Maghribi 2-1.

Digelar La Albiceleste (The White and Sky Blue), Argentina sebelum ini mendahului ranking FIFA pada Mac 2017.

Pendahulu baharu Argentina memperoleh 1,840.93 mata, diikuti pemenang pingat perak Piala Dunia 2022 Perancis dengan 1,838.45 mata.

Brazil berada di tempat ketiga dengan 1,834.21 mata. Kedudukan Dunia FIFA seterusnya akan diterbitkan pada 20 Julai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan