Search
Close this search box.
Antara kawasan yang terlibat dengan ramalan keadaan cuaca ribut petir ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit dan Bintulu.

Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sarawak

ByNina Azman

KUCHING, 6 April: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan Sarawak dan seluruh negara sehingga pukul 10 malam ini.

Menurut MetMalaysia, antara kawasan yang terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit dan Bintulu.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas MetMalaysia menerusi kenyataan media awal malam ini.

Selain Sarawak, beberapa kawasan di Sabah termasuk Sandakan dan Nabawan juga dijangka mengalami keadaan sama.

Di Semenanjung Malaysia pula, seluruh Perlis dan tujuh daerah di Kedah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling diramal turut terkesan selain beberapa kawasan di Perak.

Sehubungan itu, MetMalaysia menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga sementara pengguna jalan raya diminta agar berhati-hati melaui kawasan yang dinaiki air. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan