Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyerahkan simbolik sumbangan duit raya kepada anak-anak dari Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN) dan Yayasan Sarawak International Secondary School. Foto: TVS

Abang Johari saksikan penyerahan zakat Kumpulan Petronesa

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 6 April: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan penyerahan zakat oleh Kumpulan Petronesa dan Syarikat Sanjung Etika Sdn. Bhd. kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS).

Penyerahan zakat itu berlangsung sempena majlis berbuka puasa anjuran Yayasan Sarawak hari ini.

Pada majlis itu, Pengerusi Kumpulan Petronesa dan Syarikat Sanjung Etika Sdn. Bhd., Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki menyerahkan zakat berjumlah RM384 157 dan RM45 750 kepada TBS yang diwakili oleh Ketua Sektor Kewangan dan Pentadbirannya, Sulaiman Mahili.

Turut dijemput ke majlis berkenaan seramai 50 murid dari Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN) dan Yayasan Sarawak International Secondary School yang menerima simbolik sumbangan duit raya disampaikan oleh Abang Johari.

Majlis diteruskan dengan solat fardu Isyak dan solat sunat terawih yang dipimpin oleh Imam Besar Sarawak, Sahibul Fadilah Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar dan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan