Search
Close this search box.
Datuk Dr Juanda Jaya ketika berucap pada Majlis Perasmian Jelajah Integriti Siri 7/2023 bahagian Serian di sebuah hotel di daerah itu, hari ini. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

166 pegawai tadbir bertauliah ditempatkan di pelbagai jabatan Kerajaan Sarawak

ByHafeezzur Muzamir

SERIAN, 6 April: Kerajaan Sarawak telah berjaya melahirkan seramai 166 orang Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) yang dikelolakan oleh Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS).

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya berkata, kesemua CeIO itu bakal ditempatkan di pelbagai agensi di bawah Kerajaan Sarawak dalam masa terdekat.

Kata beliau, usaha melahirkan CelO ini merupakan hasil cetusan idea Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Ada dalam kalangan mereka akan turut ditempatkan di badan berkanun serta beberapa syarikat berkepentingan kerajaan.

“Langkah ini bertujuan untuk memastikan integriti, ketelusan dan tadbir urus baik diamalkan, “ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Jelajah Integriti Siri 7/2023 Bahagian Serian di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Juanda memberitahu, Kerajaan Sarawak telah memutuskan supaya semua laporan kewangan dan anggaran perbelanjaan dari badan-badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan perlu dikemukakan kepada Jawatankuasa Khas Kabinet di bawah selian UNIONS.

“Ia bertujuan untuk semakan sebelum dikemukakan untuk kelulusan kabinet.

“Langkah ini merupakan langkah proaktif Kerajaan Sarawak bagi mengukuhkan tadbir urus dan keupayaan pengurusan dalaman sesebuah organisasi kerajaan dalam memastikan semua badan-badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan dapat melaksanakan matlamat dan fungsi utamanya secara berkesan, “ ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan