Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Sebastian Ting Chiew Yew  (dua dari kiri) bergambar dengan Ketua Kampung Luak, Abdul Rahman Bolhasaan (kiri), Penghulu Leonard Fung (tengah) dan wakil MBM selepas melawat tapak pembinaan sistem longkang konkrit di Kampung Luak pada hari ini. Foto: TVS

Sistem perparitan konkrit Kampung Luak siap lebih awal

MIRI, 5 April: Projek pembinaan sistem perparitan konkrit di Kampung Luak Miri bernilai RM 350,000 siap lebih awal berbanding tempoh yang ditetapkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata prmbangunan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) itu mula dilaksanakan pada tahun 2022.

Datuk Sebastian Ting Chiew Yew semasa melakukan lawatan tapak pembinaan sistem longkang konkrit di Kampung Luak pada hari ini. Foto: TVS.

Menurutnya, terdapat dua projek merangkumi tiga kawasan iaitu kontrak pertama ialah longkang konkrit 95 meter dan sambungan jalan yang telah siap dalam masa dua bulan berbanding tiga bulan yang dirancang.

“Hari ini kita ada dua projek di bawah RTP yang diluluskan pada 2021 dan dilaksanakan pada 2022. Kedua-duanya adalah dua kontrak tetapi tiga kawasan. Kontrak pertama ialah pembinaan longkang 95 meter dan sambungan jalan.

“Kontrak berjumlah RM230,000 bermula 12 September 2022, dijangka siap dalam tempoh tiga bulan tetapi sudah siap pada 8 November 2022 lalu,” katanya kepada TVS hari ini.

Datuk Sebastian Ting Chiew Yew semasa melakukan lawatan tapak pembinaan sistem longkang konkrit di Kampung Luak pada hari ini. Foto: TVS.

Manakala katanya, bagi kontrak kedua iaitu pembinaan dua longkang berjarak 17 meter dan 65 meter dibina dengan kos RM120,000 telah siap dalam tempoh yang ditetapkan.

Sebastian memberitahu kesemua projek berkenaan dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Miri (MBM) sebagai inisiatif untuk menaik taraf sistem saliran di Kampung Luak.

Beliau juga meminta pihak MBM mengenal pasti sistem saliran yang perlu dinaik taraf di kawasan kampung tersebut untuk digantikan dengan longkang konkrit. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan