Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Mohd Nizom Sairi (tiga dari kiri) di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia pada Rabu.

Premier Sarawak terima kunjungan hormat Ketua Pegawai LHDN

ByDouglas Elliot

KUCHING, 5 Apr: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Mohd Nizom Sairi, hari ini.

Kunjungan sulung itu bertujuan untuk berkongsi mengenai operasi LHDN serta hasil daripada kutipan cukai langsung yang diperoleh daripada Sarawak kepada Abang Johari.

Pada masa yang sama, Mohd Nizom juga memberitahu bahawa Ahli Lembaga LHDN kini diwakili oleh seorang anak jati Sarawak.

“Dalam LHDN sekarang sudah ada wakil daripada Kerajaan Sarawak iaitu Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak, Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar.”

“Oleh itu maklumat berkala akan dimaklumkan kepada kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Menurutnya pertemuan itu juga bertujuan untuk mengeratkan kerjasama baik antara LHDN dengan Kerajaan Sarawak.

Terdahulu,  Lizozman dilantik secara rasmi sebagai wakil kerajaan Sarawak dalam keanggotaan LHDN pada 20 Januari lepas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelantikan itu diputuskan selepas meneliti dan mengambil kira permohonan Kerajaan Sarawak berhubung perkara berkenaan. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan