Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan TVS

Penutupan sementara jalan sempena Bazar Aidilfitri Satok

BySalasiah Safian

KUCHING, 5 April: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) memaklumkan penutupan sementara laluan berhampiran Jalan Satok, di sini sempena pembukaan Bazar Aidilfitri Satok 2023.

Operasi bazar berkenaan bermula pada hari ini hingga 21 April 2023.

Menurut DBKU, penutupan itu melibatkan laluan di hadapan Mita Cake House sehingga Hartz Chicken yang dijadikan tapak bazar berkenaan.

Bazar berkenaan yang dibuka pada setiap tahun mula dibuka pada pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Baca artikel berkaitan > > > Bazar Aidilfitri Satok: Peniaga sibuk dengan persiapan sempena pembukaan 5 April

 

Penutupan sementara jalan melibatkan jalan dari Mita Cake House Satok sehingga Hartz Chicken Satok, sepanjang tempoh Bazar Aidilfitri Satok 2024 beroperasi.

Pada tahun ini, lebih 60 lot niaga disediakan kepada peniaga tempatan yang menjual pelbagai kelengkapan raya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan