Search
Close this search box.
Kaunselor Leslie Lau dan Chia Kah Furng menyerahkan sumbangan kepada penerima pada Program Pengagihan Bantuan Ramadan kepada penduduk Kampung Senadin Jaya pada Selasa. Foto: TVS.

KK dan JKKK ‘mata, telinga’ kerajaan mendekati penduduk kampung

MIRI, 5 April: Kepimpinan akar umbi seperti Ketua Kampung (KK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) merupakan ‘mata dan telinga’ kerajaan dalam mendekati masyarakat setempat.

Malahan, kata Kaunselor Majlis Bandaraya Miri (MBM), Leslie Lau, peranan KK dan JKKK adalah jambatan antara penduduk kampung dan kerajaan bagi memastikan mereka mendapat bantuan yang diperlukan.

Menurutnya, hal ini kerana kepimpinan akar umbi itu amat dekat dengan penduduk kampung sekali gus lebih memahami masalah yang dihadapi mereka.

“Hal ini kerana mereka adalah masyarakat yang selalunya pergi melawat rumah untuk mengenal pasti mereka yang memerlukan dan juga infrastruktur yang diperlukan.

Jadi saya rasa JKKK telah memainkakan peranan mereka selama ini kerana dengan bantuan mereka, kami akan dapat menghubungi pihak yang berkaitan untuk membantu mereka yang memerlukan,” katanya demikian semasa berucap mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, di Program Pengagihan Bantuan Ramadan kepada penduduk Kampung Senadin Jaya pada Selasa.

Kaunselor Leslie Lau dan Chia Kah Furng menyerahkan sumbangan kepada penerima pada Program Pengagihan Bantuan Ramadan kepada penduduk Kampung Senadin Jaya pada Selasa. Foto: TVS.

Sementara itu, bercakap mengenai program semalam, kata Leslie, Program Pengagihan Bantuan Ramadan merupakan antara inisiatif yang sering diadakan bagi meringankan beban penduduk kampung terutamanya pada Ramadan.

“Sebelum ini, kita telah melakukan program seperti ini terutamanya untuk balu, anak yatim dan warga emas. Jadi dalam tempoh bulan Ramadan dan Hari Raya, Datuk Sebastian akan menyediakan catuan makanan untuk meringankan beban mereka,” katanya lagi.

Program turut menyaksikan penyerahan sumbangan berbentuk barangan keperluan kepada 20 penerima dalam kalangan penduduk Kampung Senadin Jaya dan diakhiri dengan sesi berbuka puasa bersama dengan JKKK dan penduduk kampung.

Untuk rekod, Program Pengagihan Bantuan Ramadan kepada penduduk kampung itu dijalankan di beberapa kampung setakat ini iaitu Kampung Pulau Melayu, Kampung Haji Wahed, Kampung Luak dan Kampung Lusut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan