Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Sim Kui Hian menyampaikan sijil penghargaan kepada mantan ahli-ahli majlis, Majlis Daerah Serian (MDS). Foto: Diana Jayaseelan (TVS)

Kaunselor tulang belakang PBT – Dr Sim

ByDiana Jayaseelan

SERIAN, 5 April: Kaunselor merupakan tulang belakang dan barisan hadapan bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam pelbagai aspek, kata Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Katanya, tanggungjawab seorang kaunselor tidak harus dipandang ringan oleh mana-mana pihak ekoran mereka juga adalah wakil kepada kerajaan yang menyalurkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Tanggungjawab yang anda semua pikul sebagai pasukan barisan hadapan tidak harus dipandang ringan kerana anda semualah yang akan mewakili pihak kerajaan untuk berkomunikasi, menyelesaikan masalah dan menjaga kebajikan orang awam dalam mana-mana isu seperti jalan raya, masalah elektrik, rabies dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis, Majlis Daerah Serian (MDS) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan majlis angkat sumpah untuk 31 kaunselor yang baharu dilantik pagi tadi merupakan acara yang penting kerana tugas yang dipikul oleh mereka merupakan amanah daripada Kerajaan Sarawak serta atas persetujuan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Justeru itu, Dr Sim menyeru Kaunselor baharu untuk terus aktif dalam melibatkan diri dengan rakyat dan mengekalkan hubungan baik dengan pihak berkepentingan yang berbeza kerana selain daripada memberikan perkhidmatan yang efisyen Kaunselor bertanggungjawab dalam memastikan dasar-dasar kerajaan dilaksanakan dengan baik.

Menurut beliau, perkhidmatan perbandaran yang disediakan oleh mana-mana Pejabat Daerah berkembang setiap masa berikutan permintaan orang ramai yang mahu perkhidmatan yang terbaik daripada pihak kerajaan.

“Kerajaan Sarawak komited membantu Pejabat Daerah dan ahli-ahli Kaunselor baharu agar perhidmatan yang diberikan nanti bukan sahaja akan menjadi lebih baik, namun mampu memberi kesan yang berpanjangan untuk rakyat pada masa hadapan nanti,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan