Search
Close this search box.
Rainforest World Music Festival (RWMF) 2023 akan diadakan bermula 23 hingga 25 Jun di Kampung Budaya Sarawak (KBS). Foto: RWMF

Tiket menyaksikan RWMF mula dijual 15 April ini

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 3 April: Tiket bagi menyaksikan Rainforest World Music Festival (RWMF) 2023 yang dijadualkan bermula 23 hingga 25 Jun depan di Kampung Budaya Sarawak (KBS) akan mulai dijual pada 15 April ini.

Sarawak Tourism Board (STB) yang juga penganjur acara tahunan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, jualan tiket merangkumi tiga jenis harga bagi lima kategori kemasukan.

Bagi golongan dewasa, harga ‘Early Bird’ bagi pas masuk satu hari adalah pada harga RM190 bagi Jumaat atau Ahad manakala RM220 bagi Sabtu.

Pas masuk selama dua hari bagi golongan dewasa adalah RM360 bagi ‘Early Bird’ manakala RM480 bagi kemasukan tiga hari.

Tiket golongan kanak-kanak selama satu hari dicaj pada harga RM80.

RWMF kali ini bakal menampilkan barisan jemputan luar negara termasuk penerima lapan pencalonan Grammy, Gipsy King dari Perancis, Big Mountain dari Jamaica, ‘Safi Theatre’ (Tanzania), ‘Rastak’ (Iran), ‘Fasylive’ (Maldives), ‘Afriquoi’ (United Kingdom), ‘Chatusram’ (India), ‘Rizal Hadi & Folk’ (Indonesia), ‘Thai Fusions Sound Band’ (Thailand) dan banyak lagi dari Jepun, Hong Kong dan Singapura.

Dalam masa sama, beberapa artis tempatan juga bakal dijemput untuk membuat persembahan dalam RWMF tahun ini yang menampilkan Zee Avi, Suk Binie, APU, Nadir, Steve Thornton Band, Sada Borneo, Tuku Kame, Nading Rhapsody, Geng Wak Long, Buloh Berkocak, At Adau, Meruked dan Orang Orang Drum.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi rwmf.net. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan