Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika sidang media sempena Majlis Pelancaran Rainforest World Music Festival 2023 di Kuching, hari ini. Foto: TVS

RWMF sasar lebih 20,000 pengunjung

ByAdlina Rahman

KUCHING, 3 April: Rainforest World Music Festival (RWMF) 2023 menyasarkan lebih 20,000 orang penyertaan pengunjung dalam dan luar negara.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, RWMF yang telah mendapat pengiktirafan global akan terus mempertingkatkan lagi usaha untuk menawarkan lebih banyak kepelbagaian budaya, keharmonian melalui persembahan muzik dan tarian.

“Saya percaya seperti tahun-tahun lepas kehadiran pengunjung akan melebihi 20,000. Kita pun tidak dapat terlalu ramai kerana tempat itu terlalu terhad. Kalau nak ikut hati saya berharap ia akan menerima puluhan ribu (pengunjung) sampai 100,000 (pengunjung),” katanya pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Rainforest World Music Festival 2023 di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yiew, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datu Sherrina Hussaini, Pengerusi Sarawak Tourism Board (STB) Dennis Ngau serta Ketua Pegawai Eksekutif STB, Sharzede Datu Salleh Askor.

Sementara itu, beliau turut memberitahu sempena penganjuran RWMF kali ini, syarikat penerbangan tempatan, Malaysia Airlines turut berminat untuk bekerjasama bagi menawarkan pakej penerbangan serta penginapan buat kumpulan pemuzik jemputan di festival muzik itu.

“Saya difahamkan kita ada kolaborasi dengan MAS. Untuk membawa performers tetapi tawaran itu adalah terhad jadi mereka yang terlibat perlu membuat tempahan awal,” kata beliau.

RWMF yang ke-26 akan kembali dianjurkan mulai 23 hingga 25 Jun di Kampung Budaya Sarawak (KBS) dengan menampilkan seramai 96 pemuzik dari 12 negara.

Antara barisan persembahan tempatan adalah Zee Avi, Suk Binie, APU, Nadir, Steve Thornton Band, Sada Borneo, Tuku Kame, Nading Rhapsody, Geng Wak Long, Buloh Berkocak, At Adau, Meruked dan Orang Orang Drum.

Manakala bagi barisan jemputan luar negara termasuk penerima lapan pencalonan Grammy, Gipsy King dari Perancis, Big Mountain dari Jamaica, ‘Safi Theatre’ (Tanzania), ‘Rastak’ (Iran), ‘Fasylive’ ( Maldives), ‘Afriquoi’ (United Kingdom), ‘Chatusram’ (India), ‘Rizal Hadi & Folk’(Indonesia), ‘Thai Fusions Sound Band’ (Thailand) dan banyak lagi dari Jepun, Hong Kong dan Singapura. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan