Search
Close this search box.
Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri. Foto fail: BERNAMA

Raih untung RM30,000 sebulan, pusat operasi judi dalam talian diserbu polis

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 3 April: Seramai 13 lelaki warga tempatan dan asing diberkas menerusi serbuan ke atas pusat operasi judi dalam talian di kawasan perumahan Jalan Stampin di sini pada Ahad (2 April).

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata serbuan yang dilakukan oleh sepasukan polis dari Cawangan D7, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching memberkas pekerja pusat berkenaan yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 36 tahun.

Permohonan reman dibuat di Mahkamah Kuching, hari ini.

“Kesemua pekerja telah menjadi operator pengendalian perjudian dalam talian sejak tiga bulan yang lepas dengan bayaran gaji RM1,500 sebulan.

“Setiap operator juga akan dibayar (sejumlah) amaun sebagai bonus berdasarkan peratusan keuntungan yang diperolehi sindiket,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Para pekerja berkenaan diupah mengendalikan operasi dan membuat panggilan kepada pelanggan sebagai cara untuk mempromosikan perjudian dalam talian. 

“Selain panggilan telefon, kesemua operator ini juga mempromosikan judi dalam talian menggunakan aplikasi dan laman sosial seperti WhatsApp, Telegram, WeChat, Skype dan Facebook,” ujarnya.

Mohd Azman berkata lagi, berdasarkan semakan rekod dan transaksi, dipercayai jumlah keuntungan kasar bagi sindiket tersebut mencecah RM1,000 sehari dan boleh mencecah RM30,000 sebulan.

Polis kini sedang mengesan pemilik sebenar kediaman tersebut.

Polis turut merampas pelbagai peralatan termasuk, sembilan unit monitor komputer, sembilan unit pemprosesan komputer, 26 telefon bimbit, ‘router’, modem dan peralatan lain dalam menjalankan kegiatan perjudian.

Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbukja 1953 yang membawa hukuman RM5,000 serta hukuman penjara selama tempoh tidak lebih tiga tahun dan selain itu hendaklah dikenakan hukuman denda RM5,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas. – TVS         

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan