Search
Close this search box.
Program ini telah dimulakan sejak tahun 1990 dengan pemberian sumbangan kuih kepada ATM dan PDRM melalui Biro Wanita. Foto TVS.

Program Sumbangsih Raya agih 394 kotak sumbangan

ByAhmad Azlan Shah

KUCHING, 3 April: Sebanyak 394 kotak sumbangan daripada Program Sumbangsih Raya 2023 akan dibahagi kepada 12 agensi kerajaan sebagai tanda perhargaan kepada anggota keselamatan dan penguatkuasa yang bertugas pada musim perayaan tanpa mengira bangsa dan agama.

Pegawai Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak, Yeo Kian Hin berkata, sumbangan itu terdiri daripada makanan, termasuk kek buah, tali, dan kacang botak.

“Kira-kira 95 kotak telah diisi dengan sumbangan pada hari pertama, dan program ini bermatlamat untuk mengagihkan kira-kira 12,000 kontena secara keseluruhan kepada penerima sumbangan.

“Sesi pembungkusan akan diteruskan selama tiga hari sehingga 5 April, diikuti dengan upacara pembungkusan simbolik pada 6 April, yang akan dihadiri Menteri Pembangunan Wanita,Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah di Wisma Wanita Sarawak.” katanya lagi.

Agensi terbabit termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Penjara Malaysia (JPM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), dan Sarawak Media Group (SMG).

Program ini telah dimulakan sejak tahun 1990 dengan pemberian sumbangan kuih kepada ATM dan PDRM melalui Biro Wanita. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan