Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Datu Robert Lian @Balangalibun Tepun. Foto TVS.

Pemergian Datu Robert Lian kehilangan besar kepada Sarawak

KUCHING, 3 April: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Datu Robert Lian @Balangalibun Tepun, bekas Pengarah Imigresen Sarawak yang meninggal dunia akibat menghidap sakit kanser pada jam 12.37 tengah hari, semalam.

Pada kunjungan tersebut, beliau menzahirkan takziah terhadap pemergian mendiang yang merupakan suatu kehilangan yang besar buat seluruh rakyat Sarawak namun legasinya akan tetap dikenang sampai bila-bila.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Datu Robert Lian @Balangalibun Tepun. Foto TVS.

Menurut beliau, mendiang telah berkhidmat dengan cemerlang kepada Kerajaan Negeri dan Persekutuan sepanjang perkhidmatannya sebagai Pengarah Imigresen Sarawak selama 18 tahun sebelum mendiang bersara pada 20 Julai 2015.

Tambahnya, mendiang telah memainkan peranan penting dalam penubuhan lapan Pusat Kastam, Imigresen dan kuarantin (CIQ), dua Pusat Tahanan di Serian dan Miri.

“Mendiang Datu Robert telah berkhidmat dengan cemerlang kepada Kerajaan Negeri dan Persekutuan sepanjang berkhidmat sebagai Pengarah Imigresen Sarawak. Mendiang telah memainkan peranan penting dalam penubuhan CIQ,” katanya ketika ditemui media selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Datu Robert Lian @Balangalibun Tepun.

Jelas beliau, mendiang juga merupakan salah satu graduan pertama yang berasal dari Bario, Miri yang melanjutkan pelajaran ke peringkat menara gading yang dijadikan inspirasi bagi generasi muda di Bario, Miri, dan berkhidmat dengan kerajaan.

Abang Johari turut berharap agar generasi muda mengambil inspirasi daripada segala yang telah disumbangkan mendiang.

“Pemergiannya merupakan kehilangan yang besar tetapi legasinya akan diingati sampai bila-bila. Saya berharap agar generasi muda yang bekerja di perkhidmatan awam mengambil inspirasi daripada yang telah dilaksanakan mendiang Datu Robert,” katanya lagi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan