Search
Close this search box.
Pengasas Adam’s Autism Family, Iman Wan bersama anak istimewanya Adam Wan. Foto: Instagram adamsautismfamily

Media sosial bantu masyarakat cakna mengenai autisme – Iman Wan

ByAmirah Shawel

KUCHING, 3 April: Pendedahan mengenai autisme melalui laman media sosial adalah antara medium terbaik dalam melahirkan masyarakat yang lebih peka terhadap isu berkenaan.

Pengasas Adam’s Autism Family, Iman Wan yang juga bapa kepada anak autisme, Adam Wan, mengakui bahawa media sosial telah banyak membantu dirinya memberi pendidikan kepada orang awam.

Menurutnya, masyarakat pada masa kini bersifat ingin tahu dan adalah lebih terbuka untuk memahami dan menerima penyakit berkenaan.

“Kalau 20 tahun dahulu, kita tidak akan jumpa maklumat mengenai autisme di Google.

“Namun zaman sekarang lebih ramai yang tahu dan kenal tentang autisme. Walaupun mereka tidak tahu semuanya tetapi mereka pernah dengar autisme,” katanya menerusi program temu bual Sejahtera Asia terbitan TVS pada Isnin.

Katanya, beliau tidak menyangka perkongsian mengenai anaknya, Adam yang berumur 21 tahun di media sosial mampu menarik minat masyarakat untuk mempelajari tentang autisme.

Iman berkata dia dan keluarganya sering menerima sokongan moral daripada rakyat Malaysia di pelbagai platform media sosial seperti TikTok, Facebook dan Instagram.

“Melihat kepada maklum balas orang ramai, pada 2017 barulah saya yakin untuk bercerita tentang pengalaman saya dan gelagat Adam di media sosial kerana mungkin ramai yang tidak faham mengenainya,” katanya.

Meskipun terdapat beberapa komen negatif yang diterima daripada segelintir pihak, perkara tersebut dianggapnya sebagai cabaran.

TikTok Adam’s Autisme Family menjadi ikutan lebih 299,000 orang, manakala lebih 462,000 pengikut di Instagramnya, adamsautismfamily. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan