Search
Close this search box.
Video yang tular memaparkan seorang lelaki membaling yogurt ke arah dua wanita tidak bertudung di sebuah kedai di Iran. Foto: Reuters

Lelaki baling yogurt ke arah dua wanita yang tidak bertudung di Iran

ByReuters

IRAN, 3 April: Satu video tular memaparkan seorang lelaki membaling yogurt ke arah dua wanita tidak bertudung di sebuah kedai di Shandiz, Iran.

Pihak berkuasa Shandiz telah mengeluarkan waran tangkap terhadap lelaki itu dan kedua-dua wanita tersebut kerana telah melanggar peraturan pakaian wanita kerana tidak bertudung di Iran.

Menurut media Iran, dua wanita berkenaan merupakan ibu dan anak.

Susulan insiden itu, Presiden Ebrahim Raisi pada Sabtu, menegaskan bahawa mengenakan hijab adalah undang-undang di Iran.

Bagaimanapun, semakin ramai wanita yang menentang pihak berkuasa dengan tidak bertudung selepas kematian seorang wanita Iran-Kurdish berusia 22 tahun dalam tahanan polis kerana didakwa melanggar peraturan hijab.

Di bawah undang-undang syariah Islam Iran, selepas revolusi 1979 wanita diwajibkan untuk menutup rambut mereka dan memakai pakaian yang labuh dan longgar.

Wanita yang tidak mengikut undang-undang akan didenda atau ditangkap. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan