Search
Close this search box.
7,363 bundle pakaian bernilai lebih RM23 juta dirampas dan dimusnahkan pihak Indonesia yang disyaki kemasukan terbanyak dari Malaysia di sempadan Kalimantan. Foto TVS.

Indonesia musnahkan pakaian bundle bernilai RM23 juta yang masuk secara haram

ByTVS

JAKARTA, 3 April: Indonesia merampas dan memusnahkan 7,363 bundle pakaian terpakai import bernilai IDR 80 bilion atau lebih RM23 juta yang didapati masuk secara haram ke Indonesia dari pelbagai negara termasuk Malaysia.

Pakaian terpakai ini telahpun menguasai 31 peratus pasaran Indonesia. Foto TVS.

Tindakan itu susulan perniagaan pakaian terpakai yang terus berkembang di Indonesia yang mengganggu perolehan ekonomi industri pakaian tempatan yang majoritinya merupakan perusahan kecil sederhana.

Menurut Menteri Perdagangan Indonesia, Zulkifli Hasan yang memimpin pemusnahan itu mengakui kemasukan pakaian terpakai itu telahpun menguasai 31 peratus pasaran Indonesia.

Barang itu dirampas karena didapati masuk secara haram ke Indonesia dari pelbagai negara termasuk Malaysia. Foto TVS.

“Ini sangat mengganggu Indonesia khasnya dalam industri tekstil dalam negara, malah pemain industri kita sukar bersaing di pasaran dengan masuknya pakaian terpakai ini,” katanya dan menambah harga yang mampu milik dengan pelbagai jenama membuat ramai peminat barangan ini.

Menurutnya lagi, pihaknya juga akan terus bertindak untuk mencegah kemasukan barang itu menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi  yang disebabkan  permintaan tinggi.

“Kemasukan terbesar pakaian terpakai ini ialah daripada Malaysia melalui rentas sempadan dan disyaki terbesar di sempadan Kalimantan dan Sarawak,”ujarnya.

Berdasarkan rekod, jumlah pakaian terpakai yang diimport secara haram yang memasuki Indonesia mencecah 25,808 tan tahun lalu di mana Malaysia menguasai sebanyak 24,544 tan manakala Korea Selatan 588 tan, China 358 tan, Taiwan 188 tan, Jepun 92 tan dan Thailand 38 tan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan