Search
Close this search box.
Gambar hiasan Envato.

Gempa bumi dilapor berlaku berdekatan Kota Kinabalu

KOTA KINABALU, 3 April: Gempa bumi berukuran 5.5 pada skala richter dilapor berlaku berdekatan Laut China Selatan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah, awal pagi tadi.

Menteri Kewangan Sabah, Datuk Masidi Manjun berkongsi perkara berkenaan menerusi Twitternya.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) gempa bumi itu dilapor berlaku kira-kira jam 3.32 pagi pada kedalaman 601.4 kilometer.

Kekuatan gempa bumi itu berkemungkinan dipengaruhi oleh kedalaman relatif yang besar di bawah permukaan, yang menjadikannya lebih lemah secara mutlak.

Mengikut pengiraan awal, gempa itu tidak dirasai orang ramai dan tidak menyebabkan sebarang kerosakan.

Bagaimanapun tinjauan di laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) tidak ada pengumuman berkaitan laporan gempa bumi berkenaan.

Laporan terkini hanya merekodkan kejadian gempa bumi berhampiran Pantai Timur Kamchatka pada jarak 22 km Barat Daya dari Petropavlovsk Kamchatskiy,Russia jam 11.06 pagi yang tidak membabitkan ancaman tsunami kepada Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan