Search
Close this search box.
Peta menunjukkan tempat berlaku gempa bumi di Papua New Guine. Foto: Tangkap layar maps

Gempa bumi bermagnitud 7.1 gegar Papua New Guinea

ByBernama

BEIJING, 3 April: Gempa bumi dengan kekuatan 7.1 pada skala Richter menggegarkan Papua New Guinea pada 2.04 pagi Isnin waktu Beijing, menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC).

Pusat gempa dengan kedalaman 60 kilometer itu dipantau pada 4.25 darjah selatan dan 43.10 darjah timur.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Sementara itu, gempa bumi bermagnitud 6.7 dilaporkan melanda pantai timur Semenanjung Kamchatka, Rusia pada 0306 GMT, Isnin.

Menurut Xinhua, pusat gempa dengan kedalaman 99.7 km dikesan pada 52.75 darjah utara dan 158.635 darjah timur. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan