Search
Close this search box.
Michael Tiang Ming Tee berkata Majlis Perbandaran Sibu akan menugaskan warden trafik di hadapan sekolah. Foto: TVS

Bantu kurangkan kesesakan lalu lintas, warden trafik MPS dijangka mula bertugas tahun ini

SIBU, 3 April: Warden trafik Majlis Perbandaran Sibu (MPS) dijangka akan memulakan tugas mereka pada tahun ini, ujar Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Michael Tiang Ming Tee.

Menurutnya, ketika ini MPS sedang menunggu permohonan peralatan yang masih belum selesai dan memerlukan kelulusan daripada kementerian.

Warden trafik MPS sedang menjalani latihan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), jelasnya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Jualan Bendera Tahunan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Cawangan Sibu di sini pada Ahad.

MPS merancang menugaskan warden trafik di hadapan sekolah ketika waktu kemuncak bagi membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas.

“MPS sebenarnya sudah memulakan trafik warden tetapi ketika ini mereka sedang menunggu kenderaan mereka iaitu skuter peronda dan sebagainyanya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan