Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini. Turut sama, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof. Foto: Bernama

Anwar sifatkan kejayaan besar di China hasil kerjasama rentas kementerian

ByBernama

PUTRAJAYA, 3 April: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kejayaan luar biasa sempena lawatan rasmi beliau ke China baru-baru ini adalah hasil daripada semangat berpasukan dan kerjasama rentas kementerian yang telah dilaksanakan sebaik mungkin.

Menurutnya, hasil usaha penjawat awam menyusun acara,  kira-kira 50 syarikat gergasi China yang bernilai berpuluh bilion dolar dapat dihimpunkan sempena lawatan itu.

“Ini kerana usaha yang dibuat bukan sahaja oleh Kementerian Luar, tapi semua kementerian terkait berbincang dan menemui mereka sebelum ada pertemuan itu,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Hadir sama, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Sempena lawatan rasmi Anwar ke China itu, Malaysia meraih komitmen pelaburan tertinggi dalam sejarah berjumlah RM170 bilion daripada pelabur China, hasil pemeteraian 19 memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat Malaysia dengan China.

Anwar dalam pada itu berkata kaedah cekap dan bersih perlu dilaksanakan dalam setiap urusan bagi menarik dan menambah keyakinan pelabur dalam negara.

Beliau tidak menafikan masih ada pihak yang meminta komisen ketika berurusan dengan kerajaan.

“Budaya lama (jika) mahu dibersihkan mengambil masa lama, jadi saya minta kerjasama saudara kerana apabila imej itu baik, ia mudah sekali,” katanya.

Anwar berkata sekiranya tadbir urus, tatakelola dan imej baik dapat dikekalkan, masa depan negara akan lebih cerah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan