Search
Close this search box.
Setiausaha Persekutuan Sarawak, Ahmad Nadzri Mohd Hassan menerima pelantikan sebagai ahli Lembaga Amanah Yayasan Sarawak daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini. Foto TVS.

8 Ahli Lembaga Amanah Yayasan Sarawak dilantik bagi tempoh 2023-2025

KUCHING, 3 April: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Ahli Lembaga Amanah Yayasan Sarawak di pejabatnya, Wisma Bapa, Petra Jaya, di sini, hari ini.

Dalam kunjungan hampir satu jam itu, ahli baharu Lembaga Amanah Yayasan Sarawak, Datuk Amar Michael Manyin Jawong memaklumkan bahawa Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersetuju memberi kuasa autonomi kepada Yayasan Sarawak dalam bidang pendidikan.

“Premier Sarawak kita (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) akan memfokuskan lebih kepada bidang pendidikan dan Yayasan Sarawak akan menjadi agensi utamanya dalam mewakili negeri Sarawak. Kami telah memberikan pembiayaan biasiswa untuk universiti seperti Universiti Curtin, Universiti Swinburne dan Kolej Universiti I-Cats dan yang lain. Oleh itu, kami diberitahu untuk bekerja keras dalam tiga tahun akan datang kerana tumpuannya sudah pasti kepada bidang pendidikan.

“Pada dasarnya Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk memberi Sarawak jumlah tertentu dalam bidang pendidikan dan kita perlu berunding dan bekerja keras untuk mendapatkan autonomi. Semoga Sarawak boleh mendapatkan jumlah autonomi dalam pendidikan kerana ia adalah fokus kita kerana Yayasan Sarawak pastinya akan memberi tumpuan kepada bidang pendidikan,” katanya.

Majlis berkenaan menyaksikan seramai lapan Ahli Lembaga Amanah Yayasan Sarawak telah dilantik dan akan berkuat kuasa dalam tempoh tiga tahun bermula 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2025.

Turut menerima pelantikan, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohammad Abu Bakar Marzuki sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Sarawak.

Sementara itu, tujuh ahli Lembaga Amanah Yayasan Sarawak yang lain adalah Setiausaha Kewangan Sarawak, Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar, Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Pendidikan), Datuk Amar Micheal Manyin Jawong, Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, Datu Dr Azhar Ahmad, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan, Dato Sri Gramong Juna, Setiausaha Persekutuan Sarawak, Ahmad Nadzri Mohd Hassan, Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman termasuk Presiden Persekutuan Persatuan Cina bahagian Kuching, Samarahan dan Serian Dato Richard Wee Liang Huat.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan