Search
Close this search box.
Pemangku Pegawai Daerah Meradong, Thomas Geoffrey Kandawang mengetuai majlis angkat sumpah di Majlis Daerah Meradong dan Julau. Foto TVS.

64 kaunselor Meradong dan Sarikei angkat sumpah

BINTANGOR, 3 April: Seramai 64 orang Ahli Majlis Daerah Sarikei dan Majlis Daerah Meradong Julau mengangkat sumpah sebagai kaunselor bagi penggal 2023 hingga 2025, hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 24 orang muka baharu manakala selebihnya lantikan semula.

Majlis yang diadakan berasingan itu berlangsung di hadapan Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Mereka masing-masing mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Demokratik Progresif (PDP), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Majlis turut menyaksikan Pemangku Pegawai Daerah Meradong, Thomas Geoffrey Kandawang dilantik sebagai Pengerusi Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ) yang baharu manakala, Kaunselor Wong Zee Yeng pula kekal Pengerusi Majlis Daerah Sarikei.

Sehubungan itu, Dr Sim Kui Hian yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengingatkan Ahli Majlis supaya sentiasa bekerjasama dengan semua pihak bagi memudahkan mereka melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Pelantikan itu katanya, merupakan satu amanah Kerajaan Sarawak bagi melaksanakan pelbagai program dan pengerak pembangunan setempat.

“Sebagai anggota di barisan hadapan, mereka juga bertanggungjawab membantu meningkatkan kualiti hidup komuniti setempat. Justeru, kerjasama dengan setiap agensi adalah sangat penting,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan