Search
Close this search box.
Abdul Wahab Rahim pada majlis berbuka puasa bersama pegawai dan anggota APM Cawangan Sarikei, semalam. Foto: TVS

16 lagi pusat kawalan APM bakal beroperasi di Sarawak menjelang hujung tahun ini

SARIKEI, 3 April: Pembukaan 16 lagi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) baharu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang dijangka selesai sebelum penghujung tahun ini akan memperkasakan lagi peranan agensi penyelamat itu di Sarawak.

Pengarah APM Sarawak, Penolong Pesuruhjaya Pertahanan Awam, Abdul Wahab Rahim berkata, setakat ini APM Sarawak mempunyai sebanyak 31 PKOD dan penambahan akan menjadikan 47 PKOD di seluruh negeri.

Anggota APM Cawangan Sarikei yang menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama pegawai dan anggota APM Cawangan Sarikei semalam. Foto: TVS

“Terdapat 16 PKOD yang dalam proses sekarang ini. Setakat ini, tinggal beberapa tempat iaitu lapan hingga ke 10 tempat yang saya ingat dan dalam jumlahnya adalah sebanyak 47 PKOD. Saya meletakkan sasaran di penghujung tahun ini akan siap,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa bersama Pegawai dan Anggota APM Cawangan Sarikei di sini, semalam.

Abdul Rahim berkata, langkah itu sebahagian pendekatan proaktif APM Sarawak untuk menawarkan perkhidmatan kecemasan secara lebih menyeluruh kepada masyarakat.

Pada masa yang sama katanya, agensi itu juga akan mengembangkan lagi peranan pasukan pangkalan hadapan khususnya di kawasan yang dikenal pasti berisiko tanah runtuh dan banjir.

“Anggota APM juga akan bertugas musim Monsun Timur Laut (MTL) nanti, selama lebih kurang empat ke lima bulan ini, mereka akan ditugaskan di pangkalan hadapan di kawasan masing-masing. Bukan di PKOD itu, tetapi kawasan masing-masing dengan kekuatan 10 hingga 15 anggota sehari.

“Mereka akan memberi respon kepada kes-kes yang berada di lapangan sebelum pasukan sokongan daripada pusat kawalan operasi datang sebagai pasukan tambahan,” katanya.

Tambahnya, selain menambah jumlah anggota, APM memantapkan lagi urusan pentadbiran dan keurusetiaan melalui penyertaan anggota yang berkelayakan termasuk mereka yang memiliki ijazah atau berlatar belakang Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan